Nadi Nurture DILEA Live Class Tingkatan 4 (10 – 14 Mac 2025)

11 Mac 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 10 Mac 2025, Live Class untuk Program Bimbingan Khas DILEA untuk Tingkatan 4 telah berlangsung di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang bermula daripada pukul 3:00 petang sehingga 4:00 petang setiap hari tertentu sepanjang minggu ke tiga. Google Meet telah digunakan sebagai platform penyampaian kelas siaran langsung tersebut.

Live Class ini dimulakan dengan kelas Matematik (10 Mac 2025), Bahasa Melayu (11 Mac 2025), Sejarah (13 Mac 2025) dan Bahasa Inggeris (14 Mac 2025). Adik Macdeminlina merupakan pelajar terpilih NADI dalam mengikuti Program ini oleh NADI Nurture.

Semoga Adik Macdeminlina dapat fokus dalam pelajaran dimana kelas luar sekolah ini merupakan kelas percuma kepada pelajar. Semoga beliau dapat memberi komitment dan meningkat dalam prestasi akademik nanti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali